SK Taman Merdeka, SJKT Merlimau terima tujuh bilik darjah tambahan IBS

Foto KPM

MERLIMAU, 9 Sept – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Merdeka dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Merlimau bakal menikmati kemudahan fizikal baharu menerusi pembinaan tujuh bilik darjah tambahan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembinaan lima bilik darjah di SK Taman Merdeka dan dua bilik darjah di SJKT Merlimau.
  • Inisiatif ini menangani peningkatan enrolmen dan kepadatan murid dengan menyediakan ruang pembelajaran tambahan.
  • Fasiliti boleh menampung sehingga 245 murid menjelang sesi 2027; IBS mempercepat tempoh pembinaan agar siap mengikut jadual.

Projek di bawah inisiatif IBS Perdana Tahun 1 2027 Negeri Melaka itu melibatkan pembinaan lima bilik darjah di SK Taman Merdeka serta dua bilik darjah di SJKT Merlimau.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), inisiatif pembinaan bilik darjah baharu ini merupakan langkah berterusan pihak kementerian bagi menangani isu pertambahan enrolmen dan kepadatan murid di sekolah terbabit.

“Secara keseluruhannya, ia berupaya menampung hingga 245 murid menjelang pembukaan sesi persekolahan 2027 kelak,” jelas kenyataan itu yang disiarkan menerusi Facebook KPM.

“Usaha ini penting bagi memastikan kementerian dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, selesa dan kondusif untuk warga sekolah.

“Langkah ini juga dilaksanakan selaras aspirasi dan hala tuju yang digariskan di bawah Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035,” menurut KPM.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh telah meninjau kemajuan pelaksanaan projek berkenaan di kedua-dua sekolah tersebut baru-baru ini.

Penggunaan teknologi IBS dalam projek berkenaan dijangka dapat mempercepat tempoh pembinaan berbanding kaedah konvensional, sekali gus memastikan fasiliti tersebut siap sedia untuk digunakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.