
MIRI, 9 September – Lebih 20 anggota pelbagai agensi, termasuk 12 anggota bomba digerakkan pagi ini bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) helikopter yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang (STOLport), Ulu Baram.
- Status lima individu dalam helikopter masih belum dapat dipastikan.
- Operasi mencari dan menyelamat bergantung kepada penduduk kampung, anggota RELA dan polis bantuan Long Lellang.
- Bantuan udara PDRM tidak dapat digerakkan kerana cuaca berjerebu dan tiada kebenaran terbang daripada CAAM.
- Perjalanan darat dari Marudi ke lokasi mengambil masa kira-kira 10 jam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Penolong Penguasa Bomba Jessbent Jenus ketika dihubungi RTM memaklumkan, pasukan itu dijadual berlepas kira-kira pukul 9 pagi menggunakan helikopter JBPM jenis Mi-171.
Perjalanan darat dari Marudi ke lokasi mengambil masa kira-kira 10 jam.
Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, status lima individu dalam helikopter yang terhempas belum dapat dipastikan.
Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat pada masa ini bergantung kepada bantuan penduduk kampung, anggota RELA serta polis bantuan Long Lellang.
Semalam, bantuan udara dari Pangkalan Udara PDRM Kuching tidak dapat digerakkan berikutan cuaca berjerebu, serta tidak mendapat kebenaran terbang daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).