PETALING JAYA, 19 Oktober- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 2.00 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan di facebook memaklumkan negeri di Semenanjung yang terlibat adalah Perlis, Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar serta Selangor melibatkan kawasan Gombak dan Petaling.
Ribut petir turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan melibatkan Tampin, Melaka (Alor Gajah) Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Situasi sama diramalkan berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.
Di Sarawak membabitkan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Kudat (Kudat).