PETALING JAYA, 24 Mac- Amaran hujan berterusan kategori waspada yang dikeluarkan pada 22 Mac lalu untuk negeri Kelantan dan Terengganu ditamatkan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan memaklumkan berdasarkan analisis model-model cuaca, cuaca dijangka bertambah baik.
Beliau berkata tiada potensi hujan berterusan di negeri tersebut.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut", katanya.