KUALA LUMPUR, 26 November - METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan beberapa negeri di Semenanjung sehingga 29 November.
Amaran tahap bahaya meliputi kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu sehingga 28 November.
Amaran tahap buruk pula berkuat kuasa sehingga 26 November melibatkan seluruh Kelantan serta kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
Selain itu, beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak dan Pahang turut berada di bawah amaran waspada sehingga 27 November.
Manakala amaran yang sama dari 28 sehingga 29 November merangkumi Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta kawasan Tangkak dan Segamat di Johor.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui laman web dan media sosial rasmi METMalaysia atau aplikasi myCuaca, selain menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 untuk maklumat lanjut.