KUALA LUMPUR, 16 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor bermula esok hingga 20 Januari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi negeri Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Cuaca sama turut diramalkan berlaku hari ini hingga esok di Sabah melibatkan beberapa kawasan di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah," menurut kenyataan itu.
Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.