Amaran cuaca panas Tahap 1 di 17 kawasan – MetMalaysia

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi 17 kawasan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas merangkumi beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Sabah dan Sarawak.
  • Tahap 1 ditetapkan apabila suhu maksimum harian mencapai 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
  • Rujuk laman web rasmi jabatan itu untuk maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, 11 kawasan adalah di Semenanjung melibatkan Larut dan Matang, Kuala Kangsar, Kampar serta Batang Padang di Perak. Manakala di Kelantan membabitkan kawasan Kuala Krai.

Selain itu, empat kawasan di Pahang iaitu Kuantan, Raub, Temerloh dan Pekan serta di Selangor membabitkan Hulu Selangor dan Gombak.

Sementara itu, lima kawasan di Sabah yang turut berada pada Tahap 1 ialah Telupid, Tenom, Sandakan, Pitas dan Beluran, serta di Sarawak melibatkan daerah Marudi.

Menurut MetMalaysia status Tahap 1 itu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu melalui https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini tentang status cuaca panas harian di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.