
KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 1.00 tengah hari, melibatkan beberapa kawasan di lima negeri.
- Kawasan terlibat di Perlis dan Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap.
- Selangor terjejas di Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak; juga negeri Melaka.
- Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Bintulu dan Miri termasuk Subis, Beluru serta Marudi.
- Amaran dikeluarkan apabila ribut petir disertai hujan melebihi 20 mm sejam; amaran jangka pendek sah hingga maksimum enam jam.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh negeri Perlis dan Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.
Manakala di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak serta negeri Melaka.
Sementara itu, beberapa kawasan yang terlibat di Sarawak Bintulu, Miri (Subis, Miri, Beluru dan Marudi)
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran”, menurut MetMalaysia.