
- Perarakan bermula kira-kira 7.30 pagi, melibatkan 50 agensi dan diiringi bacaan selawat sepanjang laluan.
- Kontinjen Majlis Bandaraya Johor Bahru dinobatkan pemenang sepanduk terbaik serta peserta paling ramai, dengan penyertaan 200 orang.
- Sambutan mengangkat tema 'Maju Johor Dihayati, Ummah Diberkati' bagi menzahirkan semangat kemajuan dan keberkatan umat.
- Turut hadir Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid serta Mufti Negeri Datuk Yahya Ahmad.
BATU PAHAT, 25 Ogos – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Johor yang disertai lebih 5,000 peserta di sini hari ini.
Perarakan bermula kira-kira pukul 7.30 pagi itu membabitkan 50 agensi yang tampil dengan kreativiti masing-masing, selain bersama-sama mengalunkan bacaan selawat sepanjang laluan.
Kontinjen Majlis Bandaraya Johor Bahru dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori sepanduk terbaik dan peserta paling ramai dengan penyertaan 200 orang.
Sambutan Maulidur Rasul peringkat Johor tahun ini mengangkat tema ‘Maju Johor Dihayati, Ummah Diberkati’.
Turut hadir pada sambutan berkenaan ialah Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd
Khalid serta Mufti Negeri, Datuk Yahya Ahmad.