fb fb fb fb fb

Ali Rustam dilantik Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Istiadat itu berlangsung di Istana Negara dan turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Ketua setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Ibrahim Durum.

Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua berkuatkuasa pada 4 Jun ini selama empat tahun.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI