fb fb fb fb fb

Air longkang bertukar biru di Shah Alam

Foto FB Lembaga Urus Air Selangor

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Aliran air longkang bertukar biru dikesan di sebuah kawasan perindustrian di Jalan Omboh, Shah Alam dipercayai akibat pembuangan cat.

Pasukan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan, siasatan dilakukan sekitar kawasan berhampiran bagi menjejaki punca sebenar kejadian tersebut.

Menerusi perkongsian di Facebook, LUAS turut memaklumkan, kualiti air dan sampel telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut bagi tindakan penguatkuasaan.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 79(1)(c) Enakmen LUAS 1999 di atas kesalahan mencemarkan sumber air.

Pada masa sama, LUAS turut berkerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi tindakan penguatkuasaan berdasarkan bidang kuasa agensi.

Tindakan lanjut akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan permasalahan dan mencemarkan sumber air negeri.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM