fb fb fb fb fb

Agong berkenan berangkat ke Majlis Sulaman Kasih Aidifitri KPN

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 24 April- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diadakan di Putrajaya.

Membawa tema "Perpaduan Melalui Perayaan", penganjuran itu sebagai platform warga KPN, jabatan dan agensi berkumpul bagi meraikan sambutan Aidilfitri dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni.

Kehadiran Sultan Ibrahim sebagai tanda sokongan padu terhadap KPN dalam usahanya memartabatkan agenda perpaduan negara dan kesungguhan kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan serta kesepaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM