fb fb fb fb fb

Agong berkenan baca surat rakyat Borneo sebelum diserah kepada PM

(Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin berkenan membaca setiap surat dan petisyen dari rakyat Borneo/FOTO Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 14 September - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membaca setiap surat dan petisyen yang dipersembahkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak kepada Baginda sepanjang pengembaraan "Kembara Kenali Borneo" yang berakhir pada semalam.

Baginda bertitah, kesemua surat dan petisyen itu merupakan yang diterimanya sepanjang kembara baginda menyusuri Lebuhraya Pan Borneo Sarawak selama 11 hari lalu.

Istana Negara dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, Seri Paduka Baginda akan menyerahkan setiap surat dan petisyen tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat di Sabah dan Sarawak yang telah sudi berkongsi kisah suka dan duka serta pelbagai masalah menerusi surat dan petisyen tersebut,” menurut Istana Negara hari ini.

Menerusi hantaran beberapa keping gambar di atas meja baginda, memaparkan surat yang bertaip serta tulisan tangan dari rakyat Sabah dan Sarawak.

Baginda turut menerima lukisan kad ucapan Hari Kebangsaan serta kad ucapan terima kasih.

Kembara Kenali Borneo yang diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Seri Paduka Baginda berdua untuk mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak.

Kembara Kenali Borneo menyusuri perjalanan sejauh 2,154 kilometer di Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei bermula di Tawau pada 3 hingga 13 September dan berakhir di Telok Melano Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN:
Persinggahan di KM 0, Telok Melano lengkapkan kembara Agong, Permaisuri
Kunjungan Agong, Raja Permaisuri ke Bintulu, kenangan terindah masyarakat setempat
Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri santuni penduduk Kampung Penan Muslim
Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri serah sendiri pasport sebelum memasuki Sarawak
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Brunei sebelum teruskan pengembaraan di Sarawak
Kembara Kenali Borneo: Agong selamat tiba di Lawas, Sarawak
Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri melawat Kampung Kebudayaan Koisaan
Kembara Kenali Borneo, Agong dan Permaisuri mulakan jelajah dari Tawau

Media Baharu