RAUB, 3 Januari – Pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Raub ditutup sepenuhnya hari ini, setelah keadaan dilaporkan kembali pulih.
RINGKASAN BERITA AI
- PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Atok ditutup secara rasmi pada 12.00 tengah hari tadi.
- Pusat pemindahan sementara di Raub ditutup sepenuhnya selepas keadaan dilaporkan kembali pulih.
- 83 penduduk daripada 17 keluarga yang ditempatkan di PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Atok ditutup secara rasmi pada 12.00 tengah hari tadi.
Penduduk telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing.
PPS yang dibuka susulan kejadian bencana banjir pada 2 Januari lalu itu, menempatkan kesemua 83 penduduk terjejas terdiri daripada 17 keluarga.