BEAUFORT, 3 Januari - Angka penduduk terjejas banjir di Beaufort meningkat kepada 210 orang setakat pukul 12.00 tengah hari, berbanding 190 orang pada pagi tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, angka terbabit melibatkan 80 keluarga dari empat kampung terjejas.
Jumlah penduduk terjejas dijangka bertambah berikutan peningkatan paras air Sungai Padas.
Ketika ini, operasi pemantauan di kawasan berisiko banjir masih dilakukan.
