
KUALA LUMPUR, 25 Januari- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Saint Petersburg, Rusia bagi lawatan khas bermula hari ini hingga Selasa, 27 Januari.
RINGKASAN BERITA AI
- Suriannya dikongsikan melalui hantaran dan gambar di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
- Lawatan ke Saint Petersburg dibuat atas jemputan khas Presiden Rusia, Vladimir Putin.
- Pesawat khas berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sekitar pagi.
- Pemangku Sultan Johor dan Tunku Temenggong turut hadir memberi ucapan selamat di LTAS.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran berserta gambar di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Lawatan Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Terdahulu, pesawat khas membawa Sultan Ibrahim berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada 8.25 pagi.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj turut berangkat ke LTAS bagi mengucapkan selamat kepada Sultan Ibrahim.