fb fb fb fb fb

ABIS 2025 perkukuh ekonomi jaringan serantau

Pengerusi ASEAN-BAC, Tan Sri Nazir Razak berucap pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2025 (ABIS 2025) / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Prinsip  'ASEAN WAY' perlu terus diperkukuh terutama dalam menghadapi ketidaktentuan cabaran ekonomi global.

Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN ( ASEAN-BAC) Tan Sri Nazir Razak berkata, usaha tersebut memerlukan reformasi berterusan serta pendekatan semula menerusi beberapa cadangan strategik, termasuk pelaksanaan inisiatif seperti ASEAN Business Entity (ABE) serta penubuhan agensi penarafan kredit ASEAN dan tabung pelaburan ASEAN.

Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada bidang yang dikenal pasti mempunyai cabaran dan peluang terbesar bagi ASEAN, termasuk kewangan dan modal, tenaga, kelestarian, pendidikan, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta kecerdasan buatan (AI).

"Untuk ASEAN, ketidaktentuan boleh dijadikan sebagai tangga dengan kemahiran mengemudi atau memanipulasi situasi, di mana perniagaan, negara dan rantau dapat mendaki hierarki ekonomi atau kuasa. Sudah tentu, kemunduran membawa risiko yang amat bahaya."

" Oleh itu, edisi tahunan ke-23 Abis ini tidak boleh sekadar menjadi satu persidangan biasa. Abis kali ini mesti menghasilkan keputusan yang substansial untuk membantu membimbing ASEAN ke arah kemajuan, " ujarnya.

Tan Sri Nazir Razak berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2025 (ABIS 2025)  di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur/.

Persidangan yang berlangsung selama 2 hari bermula hari ini
dianjurkan ASEAN-BAC mengumpulkan lebih 2,000 delegasi terdiri daripada penggubal dasar, pelabur, dan pemimpin perniagaan

ABIS 2025 bertemakan ' Memperkukuh Pasaran untuk Kemakmuran Bersama," turut menumpukan kepada peranan ASEAN dalam  memperkukuh ekonomi global.

Selain, menyediakan peluang jaringan hubungan perniagaan yang boleh membawa kepada kerjasama dan pelaburan berimpak tinggi.

EMMI NORALIZA ADNAN