
TEBING BARAT, 15 Mei – Penduduk Palestin mendakwa kumpulan penceroboh Israel membakar beberapa kenderaan serta merosakkan bahagian dalam sebuah masjid di perkampungan Jibiya, di sini pada Jumaat.
- Tentera Israel menghantar anggota ke lokasi selepas menerima laporan berhubung insiden.
- Operasi pencarian dijalankan namun tiada suspek berjaya dikesan.
- Tentera berkata insiden akan disiasat polis dan mengutuk kerosakan rumah ibadat.
- Peningkatan serangan penceroboh Israel di Tebing Barat mencetuskan kebimbangan antarabangsa; PBB anggap pendudukan tidak sah.
Rakaman video menunjukkan beberapa kenderaan musnah terbakar selain kerosakan di dalam masjid dan slogan dalam bahasa Hebrew disembur pada dinding bangunan berkenaan.
Tentera Israel dalam kenyataan memaklumkan anggotanya dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai tindakan membakar masjid dan kenderaan di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan itu, operasi pencarian dijalankan namun tiada suspek berjaya dikesan.
Tentera Israel turut memaklumkan insiden berkenaan akan disiasat pihak polis selain mengutuk tindakan merosakkan rumah ibadat.

Peningkatan serangan oleh penceroboh Israel terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa.
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan kebanyakan negara menganggap pendudukan Israel di Tebing Barat yang ditawan sejak perang 1967 sebagai tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. – Reuters