94.49 peratus atau 19,471 pengundi awal tunai tanggungjawab – SPR

Anggota tentera hadir menunaikan tanggungjawab ketika proses undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Kem Iskandar hari ini / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Seramai 19,471 pengundi awal atau 94.49 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPR membuka 62 pusat pengundian awal di seluruh Johor bermula jam 8.00 pagi.
  • Pusat mempunyai waktu tutup berbeza: 29 ditutup jam 12 tengah hari, 5 pada jam 2 petang, 28 pada jam 5 petang.
  • Pengundi awal terdiri daripada anggota ATM dan pasangan, anggota PDRM, serta pasangan anggota PGA.
  • SPR merakamkan penghargaan kepada Pegawai Pengurus, petugas, PDRM, ATM, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan media.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak 62 pusat mengundi awal dibuka di seluruh Johor bermula jam 8 pagi.

“Daripada jumlah itu, 29 pusat mengundi ditutup pada jam 12 tengah hari, lima pusat pada jam 2 petang dan baki 28 pusat pada jam 5 petang.

Seramai 7,960 anggota tentera dan pasangan, serta 11,511 anggota polis dan pasangan anggota PGA menunaikan tanggungjawab mengundi awal,” kata kenyataan itu.

Menurut SPR, pengundi awal berdaftar terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

SPR turut merakamkan penghargaan kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan petugas yang berjaya melaksanakan proses pengundian awal dengan lancar.

Penghargaan juga diberikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, PDRM, ATM, petugas media serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan proses pengundian awal hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.