fb fb fb fb fb

68 peserta sertai kejohanan mendaki tebing batu-tembok utara

CHUPING, 29 Ogos- Seramai 68 peserta mewakili 34 buah pasukan dari seluruh Malaysia menyertai Kejohanan Mendaki Tebing Batu-Tembok Utara 1.0 yang julung kali dianjurkan HerMission House Extreme Sport Club dan HerMission House Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Mendaki Negeri Perlis di Bukit Keteri, Chuping.

Turut mengambil bahagian ialah para pendaki antarabangsa dari Perancis, Kanada, Poland, Romania dan juga negara jiran Thailand dimana peserta yang paling muda ialah pasukan wanita berumur 10 dan 11 tahun.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan
Majlis Penutupan Mendaki Tebing Batu-Tembok Utara 1.0)

Menurut Pengarah HerMission Sdn. Bhd, Sharifah Nadiah Wafa Syed Mohd Thalal Wafa, sukan memanjat atau lebih dikenali sebagai sukan ‘climbing’ merupakan sejenis sukan ekstrim yang telah bertapak di Malaysia sekitar tahun 1998.

Bukit Keteri sebagai lokasi mendaki telah ditemui oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika ekspedisi disertai oleh David Lama, Reini Scherer, Cedric Lachat dan lain-lain lagi pada tahun 2007 yang mana baginda beserta Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil adalah orang pertama yang mendaki bukit itu dan laluan itu kini dikenali sebagai laluan Tuanku.

Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut hadir menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Mendaki Tebing Batu-Tembok Utara 1.0.

Media Baharu