fb fb fb fb fb

Konvoi 60 buah kenderaan meriahkan KMJG Melaka

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka (Japen), Ab Rasil Hajatil

ALOR GAJAH, 24 Julai - Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) diteruskan di Melaka hari ini dengan penglibatan 60 buah kenderaan.

Konvoi melibatkan pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri itu menjelajah ke semua tiga daerah di negeri itu dengan jarak 122.5 kilometer dan berhenti di empat 'checkpoint'.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka (Japen) Ab Rasil Hajatil berkata, pelbagai aktiviti disediakan di setiap checkpoint bagi menerapkan semangat perpaduan dan cintakan negara kepada masyarakat.

"Antara pengisiannya ialah ikrar Rukun Negara, ada pameran kenegaraan dan kuiz sempena kempen kibar Jalur Gemilang lah.

"Checkpoint terakhir, di Taman Rekreasi Chohong di Jasin, di situ adalah acara kemuncak sambutan akan dilakukan oleh PPD Jasin sendiri dengan komuniti MADANI dengan pelbagai acara menariklah,"

Konvoi dimulakan dari Dataran Freeport A’ Famosa Outlet seterusnya ke SMK Seri Tanjong dalam Daerah Melaka Tengah sebelum ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.

Selepas itu konvoi akan bergerak ke Pusat Rekreasi Sungai Chohong, Jasin dan menamatkan jelajah peringkat negeri Melaka di Dataran Tangkak, Johor.

Jalur Gemilang kemudian diserahkan kepada Negeri Johor untuk jelajah seterusnya.

TETITIA YUSOFF