CHENG, 25 Januari- Sebanyak 57 lokasi termasuk di pasar raya tempatan di Melaka melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI sempena perayaan Tahun Baharu Cina, selama empat hari bermula hari ini.
Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah Shoo Chin berkata inisiatif bertujuan membantu masyarakat membeli barangan keperluan pada harga rendah menjelang musim perayaan.
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka, kita telah melancarkan Program Jualan Rahmah MADANI Bergerak di tempat termasuklah pasar raya bermula 25 hingg 28 hari bulan dan ia melibatkan 57 lokasi di seluruh Melaka.
"Kita lihat Jualan Rahmah Bergerak ini memang akan membantu mereka membeli barang keperluan asas, tempat-tempat yang berdekatan di pasar raya, pasar raya atau tertentu. Ia akan memberi manfaat kepada semua penduduk berdekatan, mereka boleh gembira ketika membeli dengan harga yang murah", katanya kepada pemberita selepas pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Cheng, Melaka.
Selain itu, menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan pada Februari, KPDN turut melaksanakan 'Program Jualan Rahmah MADANI Back To School' melibatkan lima pasar raya dengan tawaran harga rendah bermula 30 Januari hingga 2 Februari.