fb fb fb fb fb

5 PBT laksana 40 projek berimpak tinggi di Johor

Datuk Mohd Jafni Md Shukor mempengerusikan mesyuarat pembentangan 'timeline' gerak kerja & projek pembangunan membabitkan lima PBT

JOHOR BAHRU, 5 Januari- Lima pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor akan melaksanakan 40 projek berimpak tinggi, yang akan memanfaatkan negeri dan rakyat, bermula bulan ini dan dijangka siap suku keempat tahun ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, ia melibatkan peruntukan keseluruhan RM24.68 juta.

PBT terlibat, Majlis Perbandaran Kluang, akan menjalankan naik taraf longkang utama Jalan Ilham, manakala Majlis Perbandaran Pengerang akan naik taraf longkang monsun di Jalan Baiduri Bandar Mas.

Majlis Daerah Tangkak pula, akan memasang dan menyelenggara Pusat Kawalan Pintar Ledang, dan menambah Kamera Litar Tertutup, sementara Majlis Daerah Yong Peng akan menyelenggara perparitan Taman Sri Ledang.

Selain itu, Mini Stadium Taman Sri Lambak akan dinaik taraf oleh Majlis Daerah Simpang Renggam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE