fb fb fb fb fb

400 peserta meriahkan Larian Hari Malaysia

(FOTO RTM)

KUALA PERLIS, 16 September - Seramai 400 kakitangan danĀ  pelajar baharu Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bagi pengambilan September 2023/2024 telah menyertai Larian Hari Malaysia sempena Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Kesemua peserta perlu berlari sejauh dua kilometer iaitu di sekitar kawasan kampus KUIPs Kuala Perlis, selain turut menyanyikan Lagu Patriotik secara beramai-ramai.

Rektor KUIPs, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle memaklumkan, program seperti ini mampu mendidik dan membina jati diri kakitangan dan pelajar agar mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan menghayati kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam erti kata yang sebenar.

Menurutnya, KUIPs akan terus mengadakan sambutan Hari Malaysia setiap tahun bagi menjadikan kakitangan dan pelajar agar sentiasa bersyukur dan menghargai kedaulatan bangsa dan negara.

Dr. Muhamad Rozaimi memaklumkan ketika menyertai Larian Hari Malaysia sempena Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Dataran Siswi, Kolej Kediaman KUIPs, Kuala Perlis.


(FOTO RTM)

Media Baharu