30 projek infrastruktur di Sabah, Sarawak dijangka siap 2026

Datuk Seri Dr Ahmad Maslan

KUCHING, 9 April – Sebanyak 30 projek infrastruktur di Sabah dan Sarawak dijangka siap tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Masing-masing 15 projek dijalankan di Sabah dan 15 projek di Sarawak, menurut Timbalan Menteri.
  • Di Sabah, 12 projek telah siap dengan kos RM203 juta.
  • Di Sarawak, sembilan projek siap dengan kos RM263 juta pada 2025.
  • Jumlah kedua negeri: 21 projek siap dengan kos keseluruhan RM466 juta.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, masing-masing 15 projek di Sabah dan 15 di Sarawak.

“Di Sabah, 12 projek siap dengan kos RM203 juta, manakala di Sarawak, sembilan projek siap dengan kos RM263 juta pada 2025. Jumlah bagi kedua-dua negeri adalah 21 projek dengan kos keseluruhan RM466 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri taklimat di pejabat Pasukan Projek Khas 2 (PPK 2) di sini yang turut dihadiri Pengarah Pembinaan Dato Insinyur Jasmi Wahab.

Bagi projek di Sarawak ia melibatkan beberapa buah sekolah dan Dewan INFRA di Samarahan.