
KUCHING, 9 April – Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) menyelia 122 projek bernilai RM7.38 bilion di Sabah dan Sarawak.
- Sarawak melaksanakan 54 projek manakala Sabah merekodkan 68 projek.
- Nilai projek di Sarawak lebih tinggi berikutan pembinaan hospital.
- Sabah mempunyai lebih banyak projek yang melibatkan pembinaan sekolah dengan kos lebih rendah.
- Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan membuat kenyataan selepas taklimat di pejabat PPK2.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu, 54 projek dilaksanakan di Sarawak dan 68 projek di Sabah.
Dari segi nilai projek, Sarawak mencatatkan jumlah lebih besar yang melibatkan projek pembinaan hospital manakala di Sabah membabitkan pembinaan sekolah.
“Dari segi jumlah kewangan, Sarawak mencatatkan RM3.323 bilion manakala Sabah RM2.805 bilion. Walaupun bilangan projek di Sabah lebih banyak daripada Sarawak, kos projek di Sarawak adalah lebih tinggi berbanding di Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat di pejabat
Pasukan Projek Khas 2 di sini.