fb fb fb fb fb

280 Rumah di Johor dibaik pulih melalui Program SV Prihatin @Johor Future"

Foto RTM

JOHOR BAHARU, 3 Ogos-Sebanyak 280 rumah terpilih di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sedang dan akan dibaik pulih menerusi Program Southern Volunteers (SV) Prihatin @Johor Future sehingga akhir tahun ini.

Program menyasarkan golongan kurang berkemampuan itu melibatkan aktiviti gotong-royong membersih, mengecat dan membaik pulih rumah yang rosak.  

Exco Belia Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor , Mohd Hairi Mad Shah berkata kos keseluruhan program berjumlah RM 560,000.

"Untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat secara bergotong royong yang telah diperuntukkan sebuah rumah RM2,000 yang mana kita melihat apa sahaja permasalahan ataupun permintaan oleh keluarga seperti mesin basuh, tikar getah, selain khidmat mengecat, membersih di persekitaran di sekeliling rumah keluarga yang menerima manfaat program", katanya demikian selepas menghadiri Program SV Future Johor di sini.

Program berkenaan melibatkan seramai 28,000 orang termasuk penglibatan Jawatankuasa pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK) dan komuniti setempat di seluruh DUN negeri berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD