1,712 jemaah haji Pahang terima bantuan khas, barangan keperluan

Pahang mengkaji semula kadar bantuan haji, tahun hadapan dengan mengambil kira peningkatan kos semasa/Foto RTM

KUANTAN, 5 April – Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.69 juta bagi Inisiatif Makmur Pahang Program Barakah Haji Pahang, tahun ini yang memanfaatkan 1,712 jemaah haji di negeri ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiap jemaah menerima bantuan khas RM750 sebagai duit poket.
  • Jemaah turut menerima barangan keperluan termasuk pek makanan retort dan buku himpunan doa.
  • Kerajaan negeri akan mengkaji semula kadar bantuan RM750 tahun hadapan berdasarkan peningkatan kos semasa.
  • Kadar bantuan akan ditambah jika kerajaan negeri mempunyai keupayaan kewangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan, setiap jemaah menerima bantuan khas RM750, sebagai duit poket, selain menerima barangan keperluan seperti pek makanan retort dan buku himpunan doa.

“Kerajaan negeri juga akan mengkaji semula kadar bantuan RM750, bagi tahun hadapan dengan mengambil kira peningkatan kos semasa.Sekiranya kerajaan negeri mempunyai keupayaan kewangan, kadar berkenaan akan ditambah,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu selepas Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Dan Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Program Barakah Haji Pahang Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini.