fb fb fb fb fb

16 penduduk tinggal sehelai sepinggang

Foto RTM

KUCHING, 25 Julai-Kira-kira 16 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dijilat api awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Mohamad Meramit kejadian yang berlaku sekitar pukul 1.00 pagi itu telah memusnahkan  tiga buah rumah selain beberapa kenderaan.

Susulan itu pihaknya telah menghantar sebuah jentera pemadam dengan kekuatan 10 anggota bagi mengawal kebakaran dari terus merebak.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sekitar pukul 4.00 pagi berikutan akses ke lokasi kejadian agak sempit.

Operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela kampung Bako.

Menjelaskan insiden itu kepada media di Kuching pagi tadi, Mohamad turut mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan kerugian sedang disiasat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD