fb fb fb fb fb

126 nelayan Endau penerima baharu lesen nelayan Kelas A

MERSING, 1 Mac- Seramai 126 nelayan di Endau, Mersing menerima lesen nelayan Kelas A daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).


Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata setakat ini, terdapat kira-kira 3,000 nelayan di seluruh negara telah diberikan lesen menerusi program pemutihan yang dijalankan kementerian itu.

Katanya, pendekatan tersebut dijalankan hanya kepada nelayan yang beroperasi sepenuh masa.

"Hari ini juga kita telah menyenaraikan beberapa masalah yang membelenggu, masyarakat nelayan, lesen perikanan yang terpaksa diberikan kuota, bagi memenuhi kapasiti sumber yang ada, katanya selepas menyempurnakan Program Sesi Dialog Industri Agromakanan 2022 Johor di sini.

(Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada program Sesi Dialog Industri Agromakanan 2022 di Endau, Mersing)

RonaldĀ turut menegaskan penglibatan para nelayan dalam proses pemasaran adalah penting, bagi mengurangkan pengaruh orang tengah dalam rangkaian pemasaran produk.

Mengenai keputusan melanjutkan pemberian subsidi ayam dan telur yang dijadualkan berakhir Jun ini akan diputuskan kerajaan.

Tegasnya, sebarang tindakan berkenaan perkara tersebut memerlukan pengkajian, sebelum dimuktamadkan.

Media Baharu