fb fb fb fb fb

100 belia jalani latihan bersama APM Langkawi, siap siaga hadapi MTL

Latihan Pemerkasaan Belia SIGAP Monsun Timur Laut anjuran APM Langkawi

LANGKAWI, 26 November- Kira-kira 100 belia di Langkawi dipersiapkan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di negara ini.

Mereka berusia antara 18 hingga 25 tahun mendapat latihan kecemasan dan kerja-kerja pengurusan bencana oleh Angkatan Pertahanan Awam ( APM) daerah itu.

Menurut Pegawai Pertahanan daerah Langkawi, Kapten Pertahanan Awam (PA) Ahmad Shahfikri Darus, ia julung kali dianjurkan dan latihan selama dua hari dengan ilmu-ilmu kecemasan dan pengurusan bencana diberikan kepada para belia terlibat.

Tambahnya lagi, APM Langkawi selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berperanan menyelaraskan segala insiatif kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat berada pada tahap yang optimum.

"Kita kumpulkan mereka untuk sama-sama mendapat input-input yang penting dalam melakukan kerja-kerja kecemasan dan pengurusan bencana dalam keadaan semasa di Langkawi. Saya yakin keperluan ini sangat tinggi dalam menjamin keselamatan setiap pelancong yang masuk dalam keadaan yang sangat baik," katanya.

Ahmad Shahfikri berkata demikian pada Majlis Penutup Latihan Pemerkasaan Belia SIGAP Monsur Timur Laut Daerah Langkawi di Kompleks APM , di sini, hari ini.

Tanbahnya, pada 3 dan 4 Disember ini satu latihan kesiapsiagan MTL akan dianjurkan bersama-sama jabatan dan agensi di daerah itu.

ZEHRA BINTI ZAMBRI