PM seru mandat kukuh, teruskan kecemerlangan Negeri Sembilan

PM tegaskan komitmen HARAPAN untuk terus membela kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum / Foto FB Anwar Ibrahim

SIKAMAT, 30 Julai – Kestabilan serta kemajuan sesebuah negeri bergantung kepada tadbir urus dan keupayaan pemimpin untuk bekerjasama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri harapkan mandat PRN akan meneruskan kecemerlangan Negeri Sembilan demi kesejahteraan rakyat.
  • Perdana Menteri tegaskan komitmen HARAPAN membela kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum.
  • Kata beliau, kerajaan telah membuktikan keupayaan: pelaburan tertinggi, pentadbiran bersih dan memelihara keharmonian.
  • Dengan mandat kukuh, beliau berjanji meneruskan kecemerlangan dan mengangkat negeri ke tahap lebih tinggi.

Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan mandat yang bakal diberikan daftar pemilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Sabtu ini, akan meneruskan kecemerlangan negeri itu ke tahap yang lebih tinggi demi kesejahteraan seluruh rakyat.

“Saya tegaskan komitmen HARAPAN untuk terus membela kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Kita telah membuktikan keupayaan membangunkan negeri ini, mencatat pelaburan tertinggi dalam sejarah, mengurus pentadbiran dengan bersih dan amanah serta memelihara keharmonian dan perpaduan seluruh rakyat.

“Insya-Allah dengan mandat yang kukuh, kita akan meneruskan kecemerlangan ini dan mengangkat Negeri Sembilan ke tahap yang lebih tinggi demi kesejahteraan seluruh rakyat,”katanya ketika berucap pada Grand Finale Kekal Harapan Negeri Sembilan di Dun Sikamat.

Hari pengundian PRN Negeri Sembilan Sabtu ini melibatkan 867,151 daftar pemilih yang layak dengan 103 calon bertanding merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.