FIFA siasat pemain Argentina berhubung tingkah laku di Piala Dunia

Foto AFP

PARIS, 30 Julai – FIFA membuka prosiding tatatertib terhadap beberapa pemain Argentina berhubung tingkah laku mereka selepas kekalahan kepada Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa pemain Argentina dan pegawai dikatakan berdepan pemain Sepanyol selepas wisel penamat; termasuk Nahuel Molina, Thiago Almada, Leandro Paredes dan Roberto Ayala.
  • Pemain Sepanyol Pablo Martin Paez Gavira turut dikaitkan dengan insiden berkenaan.
  • FIFA turut menyiasat paparan sepanduk 'Las Malvinas son Argentinas' selepas separuh akhir menentang England.
  • Siasatan turut mempertimbangkan nyanyian diskriminasi, kelewatan sepak mula, kegagalan patuhi protokol, paparan mesej tidak sesuai dan membaling objek.

Beberapa pemain dan pegawai Argentina didakwa berdepan dengan pemain Sepanyol selepas wisel penamat perlawanan akhir di New York yang menyaksikan Sepanyol menang 1-0 selepas masa tambahan.

Antara pemain Argentina yang terlibat ialah Nahuel Molina, Thiago Almada dan Leandro Paredes, selain pegawai pasukan Roberto Ayala.

Pemain Sepanyol, Pablo Martin Paez Gavira, turut dikaitkan dengan insiden berkenaan.

FIFA memaklumkan, kelima-lima individu itu berdepan pertuduhan termasuk serangan dan tingkah laku yang dianggap tiada semangat kesukanan.

Badan induk bola sepak dunia itu turut menyiasat insiden selepas kemenangan Argentina 2-1 ke atas England pada separuh akhir, apabila pemain mempamerkan sepanduk bertulis “Las Malvinas son Argentinas” (Kepulauan Falkland milik Argentina).

Menurut FIFA, siasatan itu melibatkan kemungkinan pelanggaran peraturan berkaitan penggunaan acara sukan untuk demonstrasi bersifat bukan sukan, salah laku pasukan, diskriminasi, unsur perkauman serta isu ketenteraman dan keselamatan perlawanan.

Siasatan turut mengambil kira dakwaan nyanyian dan gerakan berunsur diskriminasi, kelewatan sepak mula, kegagalan mematuhi protokol perlawanan dan keselamatan, paparan mesej tidak sesuai oleh pasukan serta penyokong, selain tindakan membaling objek dalam beberapa perlawanan membabitkan Argentina pada Piala Dunia 2026. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.