PM dijadual hadir program Selawat, Munajat Perdana di Negeri Sembilan

Foto FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

SEREMBAN, 30 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan menghadiri dua program di Negeri Sembilan, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua program di Negeri Sembilan: Munajat Bersama Ustaz Dr Badrulamin di Dewan Linggi (7.27 malam) dan Selawat di Dataran Melang, Kuala Pilah (9.15 malam).
  • Beliau akan ke Linggi dan Kuala Pilah untuk menyertai program selawat dan munajat perdana.
  • Mengajak masyarakat menggemakan selawat, memadam fitnah, cacian dan hasutan perkauman dengan mengingati Allah SWT.

Program berkenaan ialah Munajat Perdana Bersama Ustaz Dr Badrulamin di Dewan Orang Ramai Linggi, Port Dickson pada pukul 7.27 malam dan Program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, Kuala Pilah pada pukul 9.15 malam.

“Saya akan ke Linggi dan Kuala Pilah bagi menyertai program selawat dan munajat perdana.

“Mari kita gemakan bumi dan langit Negeri Sembilan dengan laungan selawat serta memadam api fitnah, cacian dan hasutan perkauman dengan kembali mengingati Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.