PH gariskan 10 komitmen utama dalam manifesto PRN N. Sembilan

Sidang media selepas melancarkan manifesto PH Negeri Sembilan di Seremban

SEREMBAN, 21 Julai – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menggariskan 10 komitmen utama dalam manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan menekankan komitmen yang boleh dilaksanakan, bukan sekadar retorik politik.
  • Sasaran menjadikan Negeri Sembilan maju, lestari dan makmur melalui pembangunan termasuk 12 kawasan perindustrian baharu.
  • Komitmen menyediakan kerajaan stabil, bersih, mesra rakyat serta 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pendekatan itu memberi penekanan kepada komitmen yang disifatkan mampu dilaksanakan, dan bukan sekadar retorik politik.

“Saya melihat Negeri Sembilan mampu menjadi sebuah negeri yang lebih maju, lestari dan makmur, selaras dengan apa yang telah kita janjikan.

“Di sini, kita mahu menjadikan negeri ini sebagai salah satu kawasan tumpuan selain Selangor dan Putrajaya. Kita melihat Negeri Sembilan mempunyai potensi besar, termasuk dengan pembangunan 12 kawasan perindustrian baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan manifesto PH Negeri Sembilan di sini.

Bertemakan ‘Negeri Sembilan Kekal Harapan’ ia dirangka berdasarkan pengalaman lapan tahun pentadbiran di negeri itu dengan tumpuan kepada kesinambungan agenda sedia ada serta penambahbaikan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Antara 10 komitmen yang ditawarkan termasuk kerajaan yang stabil, bersih dan mesra rakyat serta 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi.

Semua calon PH juga disarankan untuk menjadikan manifesto berkenaan sebagai panduan utama sepanjang tempoh berkempen.

Menurut Datuk Seri Aminuddin, hampir semua manifesto terdahulu berjaya direalisasikan kecuali berkaitan pindaan undang-undang yang tidak diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum pembubaran DUN pada 5 Jun lalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.