
SEREMBAN, 21 Julai – 141 daripada 143 permohonan penganjuran ceramah serta aktiviti kempen politik bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 diluluskan, bagi tempoh 18 hingga 20 Julai.
- PDRM memantau semua program dan aktiviti politik bagi memastikan penganjuran mematuhi undang-undang dan tidak menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.
- PDRM Negeri Sembilan menerima tujuh laporan polis dan membuka empat kertas siasatan; dua daripadanya dibuka semalam berkaitan Seksyen 427 dan 435.
- Situasi keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang proses pilihan raya berada pada tahap baik dan terkawal.
Kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan kesemua program dan aktiviti politik yang diluluskan dipantau Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
“Keperluan itu bagi memastikan penganjuran mematuhi undang-undang dan tidak menjejaskan keselamatan juga ketenteraman awam.
“Bagi tempoh sama, PDRM Negeri Sembilan telah menerima tujuh laporan polis dan membuka empat kertas siasatan dengan dua daripadanya dibuka semalam berkaitan kesalahan pilihan raya masing-masing mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini, situasi keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang proses pilihan raya, berada pada tahap baik dan terkawal.