PRN Negeri Sembilan: Mohd Faizal giat santuni pengundi DUN Linggi

Foto FB Dato’ Haji Mohd Faizal Ramli

PORT DICKSON, 20 Julai – ‎Hari kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, semua calon terus mempergiat usaha mendekati pengundi melalui pelbagai pendekatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Mohd Faizal meluangkan masa awal pagi menyantuni penduduk di beberapa kampung dalam DUN Linggi.
  • Beliau menziarahi penduduk uzur dan mendengar keperluan serta masalah nelayan setempat.
  • Yakin jentera parti serta sokongan rakyat dapat membantu mempertahankan kerusi; menyeru kempen sihat dan hormat demokrasi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Faizal Ramli bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi meluangkan masa seawal 8.00 pagi bagi menyantuni penduduk sekitar Bandar Baru Sunggala, Sunggala Jaya, Kampung Orang Asli (KOA), Kg Sawah Sunggala dan ‎Kampung Sungai Sekawang, Pasir Panjang, Port Dickson.

Beliau berkata, tempoh kempen selama dua minggu dimanfaatkan sepenuhnya untuk bertemu seramai mungkin pengundi, selain meneruskan hubungan yang telah dibina sepanjang hampir tiga tahun sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

Beliau menziarahi beberapa penduduk yang uzur serta mendengar sendiri keperluan nelayan setempat dan masalah yang dihadapi.

“Setiap orang dia mempunyai cara untuk meraih undi dan ini adalah masa yang terbaik dalam tempoh dua minggu ini untuk kita mencari ataupun mendapatkan undi-undi sebelum 1 Ogos dan saya melihat kempen berjalan dengan lancar dan tidak ada sebarang masalah yang timbul dan diharapkan ia akan berjalan baik sepanjang musim kempen ini”, katanya.

‎Beliau berkata kepada media ketika menyantuni penduduk di Kampung Sungai Sekawang, Port Dickson.

‎Mengulas persaingan di DUN Linggi, Datuk Mohd Faizal menyifatkan pertandingan kali ini sebagai saingan yang sengit, namun beliau yakin kekuatan jentera parti serta sokongan rakyat akan membantu mempertahankan
kerusi tersebut.

‎Beliau turut mengingatkan semua pihak agar berkempen secara sihat dan menghormati semangat demokrasi sepanjang berlangsungnya PRN Negeri Sembilan Ke-16.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.