Warga emas rugi lebih RM400,000 tertipu tawaran permit haji, perniagaan

Foto hiasan

KUCHING, 29 April – Seorang warga emas lelaki di Kuching mengalami kerugian kira-kira RM415,000 akibat terperdaya dengan penipuan bersemuka yang mennawarkan permit haji dan perniagaan hotel di Mekah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa, 62 tahun, berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah restoran pada Oktober 2024.
  • Mangsa membuat enam transaksi pembayaran ke dua akaun bank berbeza.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu dalam kenyataan memaklumkan, mangsa berusia 62 tahun itu berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah restoran di Mekah pada Oktober 2024.

“Suspek memberi tawaran untuk mendapatkan permit haji dan menyertai perniagaan hotel bagi penginapan jemaah semasa musim haji dan umrah di Mekah.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut melakukan enam kali transaksi pembayaran ke dua akaun bank berbeza,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.