Wanita warga Indonesia diberkas kerana miliki syabu

Foto RTM

PADAWAN, 13 Ogos – Seorang penganggur warga Indonesia dicekup polis kerana memiliki kira-kira 1.04 kilogram dadah jenis syabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek wanita berusia 24 tahun ditahan di sebuah restoran berhampiran RPR Batu Kawa sekitar pukul 2 petang, Rabu.
  • Polis menemui bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi ketulan-ketulan kristal pada suspek.
  • Bahan tersebut dianggarkan bernilai RM52,300.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952; polis merampas telefon pintar milik suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William, suspek wanita berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah restoran berhampiran Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa, sekitar pukul 2 petang Rabu.

“Suspek membawa bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi ketulan-ketulan kristal,” katanya ketika dihubungi RTM.

Jelas beliau, dadah tersebut dianggarkan bernilai RM52,300.

“Suspek negatif daripada sebarang pengaruh dadah setelah ujian melalui saringan air kencing,” ujarnya lagi.

Polis turut merampas seunit telefon pintar milik suspek.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.