Mayat remaja lemas di Gelang Patah ditemukan

Foto RTM

ISKANDAR PUTERI, 13 Ogos – Mayat seorang remaja berusia 15 tahun yang lemas ketika mandi berhampiran Masjid Ulu Pulai, Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, Iskandar Puteri, ditemukan pada pukul 10.00 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat ditemui di dasar sungai pada kedalaman empat meter, kira-kira dua meter dari tebing sungai.
  • Mangsa bersama empat rakannya dipercayai mandi dan tidak timbul semula selepas menyelam.
  • Seramai 17 anggota BBP Pekan Nenas terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
  • Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Komander Operasi Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nenas, Penolong Penguasa Bomba Iqbal Raduan, mayat mangsa ditemukan berada di dasar sungai pada kedalaman empat meter dengan jarak lebih kurang dua meter dari tebing sungai.

Mangsa bersama empat rakannya dipercayai mandi di sungai berkenaan dan tidak timbul semula semasa menyelam.

Seramai 17 anggota dari BBP Pekan Nenas terlibat dalam operasi dan menyelamat yang telah digerakkan ke lokasi kejadian sekitar pukul 6.00 petang semalam.

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.