Anggota tentera cedera terkena tembakan di lapang sasar

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil/ Foto BERNAMA

SEREMBAN, 13 Ogos – Seorang anggota tentera lelaki cedera pada bahagian muka dipercayai terkena tembakan dilepaskan rakannya ketika berada di lapang sasar di Sungai Menyala, Port Dickson pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.15 petang semasa latihan menembak bersama anggota lain.
  • Mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson, dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
  • Seorang anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.15 petang ketika mangsa yang berusia lingkungan 20-an bersama beberapa anggota lain berada di lokasi berkenaan untuk latihan menembak.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun yang juga anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.