Ulat parkir MRT Maluri: Lelaki ditahan reman tiga hari

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus (tengah) bercakap pada sidang media sempena Majlis Pelupusan Barang Kes Siri 1 Tahun 2026 di Balai Polis Alam Damai hari ini./ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 November – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan ulat parkir di kawasan stesen Aliran Transit Massa (MRT) Maluri, sebelum direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis berkata tangkapan dilakukan sejurus kegiatan dikesan dan suspek akan berdepan pendakwaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan.
  • Siasatan awal mendapati tiada kaitan dengan kongsi gelap, sebaliknya melibatkan pakatan individu mengurus kawasan parkir secara tidak sah.
  • Polis menegaskan tidak akan berkompromi, tindakan tegas termasuk penahanan dan pendakwaan diteruskan untuk melindungi pengguna.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dilakukan sejurus kegiatan berkenaan dikesan, manakala suspek bakal berdepan tindakan pendakwaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

“Siasatan awal mendapati kegiatan itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap, sebaliknya melibatkan pakatan beberapa individu yang mengambil alih pengurusan kawasan parkir secara tidak sah.

“Mereka dipercayai mengeluarkan resit dan mengutip bayaran daripada pengguna parkir di kawasan berkenaan.

“Tiada penglibatan kongsi gelap dalam kes ini, sebaliknya, ia melibatkan pakatan antara beberapa individu untuk menguruskan kawasan parkir, mengeluarkan resit dan mengutip bayaran daripada pengguna,” katanya pada sidang media Majlis Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur bagi tahun 2026, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Datuk Fadil menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan kegiatan ulat parkir yang menyalahi undang-undang.

Katanya, tindakan tegas termasuk penahanan dan pendakwaan akan terus diambil bagi membanteras kegiatan berkenaan serta melindungi pengguna daripada menjadi mangsa kutipan bayaran parkir secara tidak sah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.