Ular sawa 70 kilogram ditemukan dalam reban ayam

Foto APM

BALING, 28 Ogos – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling berjaya menangkap seekor ular sawa seberat kira-kira 70 kilogram dengan panjang anggaran enam meter di sebuah reban ayam di Kampung Teluk Sungai Durian, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • APM menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.48 malam mengenai penemuan reptilia.
  • Anggota bertindak pantas dan berjaya menangkap reptilia dengan selamat, operasi tamat pada pukul 10.23 malam.
  • Reptilia diserahkan kepada PERHILITAN. Orang awam dinasihat jangan menghampiri dan segera hubungi pihak berkuasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan reptilia berkenaan daripada seorang penduduk kampung pada pukul 9.48 malam.

“Hasil tindakan pantas dan cekap anggota bertugas, ular sawa bersaiz besar itu berjaya ditangkap dengan selamat tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.23 malam,”katanya.

Reptilia berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) daerah Baling untuk tindakan lanjut.

APM daerah Baling turut menasihatkan orang awam supaya tidak menghampiri atau cuba menangkap sendiri haiwan liar khususnya reptilia bersaiz besar.

Sebaliknya, orang ramai disaran agar segera menghubungi pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.