Saravanan tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan di bawah akta SPRM

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan tiba di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8.22 pagi bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan perbuatan meminta, menerima, memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertuduhan akan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi pada pukul 9.00 pagi.
  • Kes berpunca daripada kenyataan pihak ketiga mengenai pengambilan pekerja asing semasa COVID-19 2022.
  • Ahli Parlimen Tapah dijangka menghadapi pertuduhan berkaitan dakwaan itu.
  • Pengamal media dan penyokong hadir di pekarangan mahkamah sejak 7.45 pagi mengikuti perkembangan kes.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Datuk Seri M.Saravanan akan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi pada pukul 9.00 pagi.

Ahli Parlimen Tapah itu dijangka menghadapi pertuduhan berpunca daripada kenyataan pihak ketiga yang mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing ketika tempoh pandemik COVID-19 pada 2022.

Pengamal media dan penyokong ahli politik tersebut dilihat berada di pekarangan kompleks mahkamah seawal pukul 7.45 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.