
LABUAN, 28 Ogos – Tiga rumah jenis separa kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Lorong Orkid, Simpang 7, Kampung Sungai Bangat, malam tadi.
- JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.51 malam; jentera BBP Labuan Sentral dan BBP Layangan dikerahkan ke lokasi.
- Api berjaya dikawal pada pukul 10.18 malam, kemudian kerja-kerja overhaul dijalankan untuk memastikan tiada bara yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
- Kejadian melibatkan tujuh penghuni, terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita; tiada kecederaan dilaporkan.
- Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.51 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral serta BBP Layangan tiba di lokasi.
“Kebakaran melibatkan tiga rumah masing-masing berkeluasan 20×20 kaki, 20×30 kaki dan 20×20 kaki, dengan keseluruhan struktur terbakar 100 peratus.
“Api berjaya dikawal pada pukul 10.18 malam sebelum kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan bagi memastikan tiada bara api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
“Rumah berkenaan didiami tujuh penghuni terdiri tiga lelaki dan empat wanita.
“Tiada kecederaan dilaporkan. Operasi ditamatkan pada pukul 11.57 malam,” menurut kenyataan itu.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.