Seorang pemandu bas, tiga kelindan positif dadah dalam operasi JPJ Perlis

Foto fail BERNAMA

KANGAR, 16 Julai – Seorang pemandu bas dan tiga kelindan dikesan positif dadah menerusi operasi bersepadu terhadap kenderaan perdagangan yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sejak 1 Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • 71 pemandu dan kelindan kenderaan perdagangan menjalani saringan air kencing oleh AADK.
  • JPJ Perlis menahan Lesen Memandu Kompeten dan Lesen Vokasional untuk tindakan lanjut.
  • Operasi bersepadu tertumpu di terminal bas, termasuk lawatan di Terminal Bas Kangar.
  • Pemeriksaan menyeluruh kenderaan dan pemandu dilakukan untuk mengesan pelanggaran berpotensi menyebabkan kemalangan.

Pengarah JPJ Perlis, Noraini Mohd Nawi berkata, seramai 71 pemandu dan kelindan kenderaan perdagangan menjalani saringan air kencing oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi yang tertumpu di terminal bas sekitar negeri itu.

Beliau berkata, susulan keputusan saringan tersebut, JPJ Perlis telah menahan Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (GDL) milik pemandu yang didapati positif bagi membolehkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Seramai 71 orang pemandu kenderaan perdagangan telah menjalani saringan urin oleh AADK. Hasil saringan mendapati seorang pemandu dan tiga kelindan positif dadah. Susulan itu, JPJ Perlis telah menahan lesen memandu kompeten (CDL) dan lesen vokasional (GDL) milik pemandu berkenaan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau operasi bersepadu di Terminal Bas Kangar, hari ini.

Menurut beliau, operasi itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada saringan penyalahgunaan dadah, malah pemeriksaan menyeluruh terhadap pemandu dan kenderaan perdagangan bagi mengesan pelanggaran undang-undang yang berpotensi menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.