
KULAI, 23 Jun – Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas lori dinaikinya terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan.
- Kemalangan berlaku di Kilometer 31.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.
- BBP Kulai menerima panggilan pada pukul 9.02 pagi; sepuluh anggota daripada dua balai digerakkan ke lokasi.
- Sebaik tiba, sebuah lori dilaporkan terbakar kira-kira 80 peratus.
- Lima kenderaan lain terbabit: tiga lori, sebuah trak dan sebuah van; beberapa penumpang disahkan selamat, dua individu tiada di lokasi.
Kejadian berlaku di Kilometer 31.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Khairil Mohd Adzami berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.02 pagi.
Sepuluh anggota daripada dua BBP kemudian digerakkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.
“Sebaik tiba, anggota mendapati kemalangan itu mengakibat lori dinaiki mangsa terbakar kira-kira 80 peratus.
Lima kenderaan lain yang terbabit ialah tiga lori, sebuah trak dan sebuah van,” katanya.
Mangsa yang menaiki trak, van dan sebuah lagi lori disahkan selamat.
Bagaimanapun, keadaan individu yang menaiki dua lori lagi belum dapat dikenal pasti kerana mereka sudah tiada di lokasi ketika anggota bomba tiba.