
KUALA TERENGGANU, 23 Jun – Seorang lelaki direman bagi membantu siasatan kes rogol dan amang seksual fizikal terhadap adik kandungnya yang berusia 16 tahun.
- Suspek berusia 24 tahun ditahan malam tadi selepas laporan mangsa dibuat tengah hari semalam.
- Mangsa mendakwa dirogol beberapa kali sejak kira-kira enam tahun lalu.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Perintah reman selama tujuh hari dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata suspek berusia 24 tahun ditahan malam tadi.
“Tangkapan dibuat susulan laporan yang dibuat mangsa pada tengah hari semalam,” katanya.
Jelas beliau lagi, mangsa mendakwa dirogol suspek beberapa kali sejak enam tahun lalu.
Suspek turut disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dalam kejadian terbaharu pada Ahad lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.