
ISKANDAR PUTERI, 10 Mei – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dipercayai ditembak di hadapan sebuah premis hiburan di sini kira-kira pukul 11.00 malam tadi.
- Dua suspek dipercayai terlibat masih bebas dan sedang dikesan polis.
- Satu lagi mangsa dipercayai terkena tembakan telah dikeluarkan oleh kenalan dari lokasi.
- Polis mengesan mangsa berkenaan untuk membantu siasatan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan; polis minta saksi tampil menyalurkan maklumat.
Kedua-dua mangsa berusia 27 tahun.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP M. Kumarasan berkata, dua suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden tembakan itu masih bebas dan sedang dikesan polis.
Menurut beliau, hasil semakan lanjut mendapati terdapat seorang lagi mangsa yang dipercayai terkena tembakan, namun individu terbabit telah dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh kenalannya.
Polis kini sedang mengesan mangsa berkenaan bagi membantu siasatan.
Sehubungan itu, pihak polis meminta kerjasama mangsa serta saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.