
KOTA BHARU, 13 April – Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Zara Akhtar Zamzuri, 13 tahun, yang cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan semalam kini dilaporkan stabil.
- Mangsa kini menerima rawatan pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
- Kecederaan melibatkan kepala dan muka, namun bacaan menunjukkan perkembangan memuaskan.
- Pengarah Kesihatan memberi jaminan rawatan terbaik dan pemantauan rapi bagi mengelak komplikasi.
- Kenderaan dipandu guru dipercayai terbabas selepas tertekan pedal minyak, insiden meragut nyawa rakan mangsa; kes disiasat polis.
Mangsa sedang menerima rawatan pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Mohd Azman Yacob mengesahkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta muka, namun bacaan menunjukkan perkembangan memuaskan.
Beliau memberi jaminan rawatan terbaik dan pemantauan rapi akan diberikan bagi memastikan mangsa pulih tanpa komplikasi.
Orang ramai diminta menghentikan spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan polis.
Insiden malang jam 1.50 tengah hari semalam itu turut meragut nyawa rakan mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, selepas sebuah kenderaan dipandu seorang guru wanita terbabas akibat tertekan pedal minyak.